Tuesday, 17 July 2012

Minggu Pusat Sumber Sekolah SAMTTAJ 2012 (ISNIN)

Setelah sekian lama Minggu Pusat Sumber tidak diadakan di SAMTTAJ. Akhirnya pada tahun 2012, Pusat Sumber Al-Ghazali telah mengadakan semula Munggu Pusat Sumber buat julung-julung kalinya. Bermula pada 2 Julai 2012 hingga 6 Julai 2012, Pusat Sumber Al-Ghazali SAMTTAJ telah mengadakan Minggu Pusat Sumber Sekolah (MPSS). MPSS bermula pada hari Isnin dengan majlis pelancaran MPSS yang dikendalikan oleh Aiman Syahmi bin Azhari dan Ashraf Hakim bin Ahmad Sanusi. Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran MPSS oleh wakil Pustakawan iaitu Amir Nadzim bin Kaharudin, Muhammad Haziq bin Mazlan, Ahmad Ilham bin Azam, Azmi Aizat Hakimi bin Azeman dan Muhammad Akmal bin Mohd Khalil.

Pada waktu rehat menengah rendah, telah diadakan pertandingan bercerita bagi tingkatan 1 dan 2 manakala pada waktu rehat menengah atas pula telah diadakan pertandingan mendeklamasikan sajak. 



Selain pertandingan, Pusat Sumber Al-Ghazali juga telah membuka gerai jualan yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman dan menawarkan harga yang sangat berpatutan.


Pustakawan sedang sibuk munguruskan gerai jualan

Pada sebelah petangnya pula, telahpun berlangsungnya pertandingan telefon bermaklumat, ataupun lebih dikenali sebagai telefon buruk.

Hari tidak berakhir begitu sahaja.. Pada sebelah malam pula telah berlangsungnya pertandingan debat tiga bahasa ( BM, BI, BA ) antara tingkatan. Sambutang hangat daripada pelajar-pelajar SAMTTAJ dan mencapai sasaran para Pustakawan untuk hari ini...

Friday, 8 July 2011

Program Baca Novel Bersama Kavyan dan One Nusantara

Tanggal 24 Jun hingga 3 Julai 2011, Negeri Selangor telah menganjurkan Pesta Buku Negeri Selangor bagi menyahut seruan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca.

Pada tarikh 28 Jun 2011, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) telah menghantar seramai 30 orang pelajar ke Shah Alam Convention Center (SACC Convec) untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Pesta Buku Negeri Selangor iaitu Program Baca Novel Bersama Kavyan dan One Nusantara. Novel yang dimaksudkan ialah Siri Kucing Triwarna hasil nukilan Jiro Akagawa. Siri ini mengandungi tiga buah novel iaitu Universiti Hagoromo, Misteri Pembunuhan Sawako dan Banglo Kucing. Novel ini merupakan novel bahasa Jepun yang dialih bahasa ke dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Terdapat seramai sembilan orang peserta yang mengambil bahagian. Lima daripadanya merupakan pelajar SAMTTAJ sendiri. Peserta yang terpilih ini dikehendaki membaca petikan cerita yang diambil daripada novel tesebut. Program ini dipengerusikan oleh Encik Uthaya Sankar SB. Ia berlangsung selama dua jam bermula daripada jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang.

Sebaik sahaja program ini tamat, para peserta diberikan sedikit cenderahati sebagai tanda penghargaan kerana sudi menyampaikan petikan cerita. Para peserta juga diberi masa untuk bergambar bersama Encik Uthaya Sankar SB.