Tanggal 24 Jun hingga 3 Julai 2011, Negeri Selangor telah menganjurkan Pesta Buku Negeri Selangor bagi menyahut seruan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca.
Pada tarikh 28 Jun 2011, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) telah menghantar seramai 30 orang pelajar ke Shah Alam Convention Center (SACC Convec) untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Pesta Buku Negeri Selangor iaitu Program Baca Novel Bersama Kavyan dan One Nusantara. Novel yang dimaksudkan ialah Siri Kucing Triwarna hasil nukilan Jiro Akagawa. Siri ini mengandungi tiga buah novel iaitu Universiti Hagoromo, Misteri Pembunuhan Sawako dan Banglo Kucing. Novel ini merupakan novel bahasa Jepun yang dialih bahasa ke dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.
Terdapat seramai sembilan orang peserta yang mengambil bahagian. Lima daripadanya merupakan pelajar SAMTTAJ sendiri. Peserta yang terpilih ini dikehendaki membaca petikan cerita yang diambil daripada novel tesebut. Program ini dipengerusikan oleh Encik Uthaya Sankar SB. Ia berlangsung selama dua jam bermula daripada jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang.
Sebaik sahaja program ini tamat, para peserta diberikan sedikit cenderahati sebagai tanda penghargaan kerana sudi menyampaikan petikan cerita. Para peserta juga diberi masa untuk bergambar bersama Encik Uthaya Sankar SB.
No comments:
Post a Comment